Subscribe News Feed Subscribe Comments

Kenangan Zaman Sekolah Rendah 1986- 91


Bila teringat balik dkt kawan2 sekolah rendah rasa rindu sgt nk jmp dgn diaorang tp masa dh berubah, bkn senang nk kumpulkan kawan2 dulu. Semua dh ada kerja dan keluarga masing- masing pastu kerja pn dh merata 1 Malaysia.Kalau nk ingatkan zaman sekolah ni mmg suma org rasa nk jd muda semula, masa tu kita bebas berkawan n hidup sentiasa happy je, tak kira la lelaki atau perempuan semua main permainan yang sama.

Waktu paling best aku rasa masa darjah 6 la sbb masa tu kita la paling senior dlm sekolah rendah, rasa dh besar sgt dh masa tu tp bila masuk asrama form 1 kena plak ragging ngn abg2 senior, hidup penuh dgn tekanan blk.Byk gak memori yg aku dh lupa tp aku paling ingat pada cikgu yg byk memndidik dan berjasa pada aku masa tahun 1991 iaitu Cikgu Damanhuri. Dia la cikgu yg aku dh anggap mcm bapak aku sendiri, masuk sekolah smpi abis aku, Ilman, Hairul dgn Faizal msti berkepit dgn dia je. Harap 1 masa nnt dpt la jmp dgn cikgu aku tu blk, agak2 aku dia pn dh nk pencen atau dh pencen dh kot. Berita terakhir yg aku tau dia ngajar lagi dkt sekolah area Tapah Perak, tu je la. Ok utk tatapan para pembaca ni aku letak gambar aku masa darjah 2 biru. Ni la kenangan yg xkan aku lupakan smpi bila2.

Demam World Cup 2010


Demam Piala Dunia 2010 kini telah bermula, sama dengan peminat- peminat bola yang lain aku pun tiap hari melekat depan tv tunggu siaran langsung tiap perlawanan.
Tahun ni team pilihan aku Jerman,Argentina & Belanda tp team yang paling best aku PILIH JERMAN,hehehe...so sama- sama la kita tengok team mana yang betul- betul power untuk tahun ini.

Selamat Tahun Baru 2010

Hari ini dh masuk 1hb Jan 2010,maka bermulalah perjalanan hidup kita utk tahun baru. Mcm biasa bila ckp pasal tahun baru mesti mcm2 azam baru yang ingin dilaksanakan,bg aku insyaallah tahun ni aku berazam utk menjadi anak yang berguna pada kedua ibu bapa serta menjadi ayah yang akan membesarkan anak2 dengan sepenuh kasih sayang.

Tahun sentiasa berubah sama mcm umur kita yang semakin meningkat,segala kenangan dijadikan pengajaran dlm menempuhi perjalanan hidup yang semakin mencabar. Kalau dulu masa bujang aku hanya memikirkan apa yang aku impikan utk diri sendiri tapi sekarang persiapan utk keluarga harus diutamakan. Segala hal berkaitan anak perlu disediakan berbanding diri sendiri,itulah apa yang aku pelajari perbezaan sewaktu hidup bujang dan setelah berkahwin.

Harapan aku agar korang semua juga mempunyai azam serta matlamat hidup utk tahun baru ni. Kepada kwn2 yang masih mempunyai ibu bapa berilah sepenuh tumpuan serta kasih sayang sementara kita masih dapat melihat kedua ibu bapa kita,jgn lupa segala jasa mereka yang telah membesarkan kita selama ini.
 
Warisan Jalinan Kasih Sayang | TNB