Subscribe News Feed Subscribe Comments

Hari Keluarga JPJ Pahang 10hb - 11hb Oct 09




Semalam kami bertiga ke Gambang Water World Resort di Kuantan Pahang,ada sambutan Hari Keluarga JPJ Pahang untuk tahun 2009.
Sampi dkt sana pn dh pukul 4.30 ptg,pnya la panas tempat tu maybe sbb kawasan baru dibuka.Kami suma tido kt apartment yg dh disediakan,cuma kena kongsi 2 family sbb JPJ kurang budget tahun ni,paham2 je la ekonomi gawat. Dapat je bilik terus check in tak kuar2 dh,Alisya pn nk tido so ttgu malam plak baru ada aktiviti.
Malam pukul 8.30 kami semua ke Dewan BallRoom ada jamuan makan dgn persembahan anggota dari tiap Wilayah Pahang. Makan secara buffet so terpaksa la berhimpit-himpit sikit utk dapatkan,pape pn syukur alhamdulillah semua org dpt makan dengan kenyangnya.Kami tak ttgu lama sbb alisya dh mula ngantuk,so blk bilik tido je la,ttgu aktiviti esk plak.
Pagi td pukul 10.30 kami semua ke Water Park pulak,ada game n mandi2. Kami tak mandi sbb Alisya kecik lg maybe tahun dpn punya Family Day dia besar dh skit.
Pukul 1.00 kami dh bertolak pulang ke Muadzam Shah, tak larat dh nak ttgu lama,hari pun panas nnt Alisya meragam lg susah. Penamat kami sampi umah pukul 3.00,semua dh penat so tido je la. Sekian catatan kami untuk aktiviti Hari Keluarga JPJ,bye...

Hari Raya di Perak




Masih belum terlewat rasanya untuk kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua umat Islam diserata pelosok dunia.
Alhamdulillah raya tahun ini disambut dengan meriah dan semuanya berjalan dengan selamat. Kepulangan anak- anak amat dinantikan oleh kesemua ibu bapa tidak kira dimana saje. Tahun ini kesemua adik- beradik saya juga pulang ke Perak untuk berhari raya dan ianya amat bermakna buat kami sekeluarga. Kehadiran Nur Alisya juga menambah seri serta keseronokan buat kami serta atok dan oni di kampung. Disini saya lampirkan beberapa gambar kenangan kami sewaktu beraya di Perak.

Peristiwa ! Ramadhan


Setelah 3 bulan setengah menunggu dan bekerja keras akhirnya Alisya berjaya meniarap secara betul. Kebetulan pula ia jatuh pada 1 Ramadhan jadi ianya menjadi satu kebanggaan bagi kami berdua. Harapan kami supaya Alisya membesar sihat serta menjadi seorang anak yang berguna serta menjadi kebanggaan keluarga,insyaallah....

Satu Ramadhan

Assalamualaikum......
Bersyukur kita kehadrat Allah akhirnya tiba juga bulan Ramadhan bagi tahun ini. Hari ini bermulalah ibadah puasa bagi seluruh umat Islam diserata dunia. Ramadhan kali ini saya dan isteri berasa amat bersyukur dengan kehadiran permata hati kami Nur Alisya Asyura yang telah pun berumur 3 bulan setengah.Insyaallah di penghujung bulan Ramadhan ini kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Kampar Perak bagi menyambut satu Syawal disana.
Bagi 1 Ramadhan tahun ini ianya jatuh pada hari Sabtu iaitu cuti mingguan bagi seluruh penjawat awam di Malaysia. Suasana diBandar Muadzam Shah juga agak sunyi mungkin disebabkan cuti persekolahan yang baru bermula. Pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga masing-masing. Suasana kemeriahan Bazar Ramadhan juga belum kelihatan,insyaallah dua tiga hari lagi keadaan akan bertambah baik dan meraih.
Setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dari saya sekeluarga.

Munak Motak M/ Shah


Gambar untuk tatapan UMUM. Gambar terbaru alisya selepas rambut tumbuh,muka baru bangun tido.


Ini gambar terbaru isya munak motak. Skrang dh makin nakal n tak nak tido,asyik nak main je.

BBQ..eating time !!



Ini gambar sewaktu family aku dtg dari Perak, sempat gk wat BBQ hari tu tapi ada 2 orang adik aku tak dpt dtg sebab ada hal lain.

Alisya Pulang ke M/Shah

Akhirnya Alisya pulang ke rumah kami di Muadzam Shah Pahang. Lagi 3 hari genap la alisya 2 bulan. Semua orang sayang kat dia, atok dgn oni lagi la sayang sebab dah lama jaga dia dkt Perak aritu. Diaorang semua dah balik K. Lumpur petang tadi, esok balik la Perak. Tinggal lah aku dgn Azura jaga Alisya, mintak2 Alisya tak byk meragam, kalau tak pening la kepala ayah. OK sekian buat masa nie,bye........

Mintak maaf sebab dah berapa ari aku tak update blog nie. Sebenarya dh 3 ari aku tak larat nk bangun kes silap makan, tau2 mlm Rabu aritu aku bangun pagi pastu muntah. Start dari aritu langsung tak bleh nk bangun, tido je la keje aku pastu bgn mkn ubat tido blk. Nk main ngan alisya pn tak larat, alhamdulillah ari nie ok dh skit. Lagi pun esk aku dah nk kena blk Pahang, dh lama sgt cuti so kena keje la blk. Alisya pn dh bertambah sihat, kuning pn dh nk sembuh, mintak2 sihat je la klu tak susah gak hati dh blk muadzam nanti. Ok sekian utk ari ini, bye....

Terima kasih semua....


Kepada semua yang telah memberikan hadiah kepada baby girl Alisya saya ucapkan terima kasih banyak2. Nie sebahagian dari hadiah2 yang telah diterima, TQ...

Nur Alisya Asyura


Gambar pada hari pertama di lahirkan 5hb Mei 2009 jam 11:02 mlm di wad 4C Hospital Ampang Pandan Indah Selangor Darul Ehsan




Peristiwa Bersejarah 5hb Mei 2009. Tepat jam 6.52 pm bayi perempuan seberat 3.34 kg telah di lahirkan di Hospital Ampang K. Lumpur. Bayi tersebut di beri nama NUR ALISYA ASYURA BINTI HIZWAN SYARMAL

Ini kawan- kawan yang telah bekerja keras
sewaktu majlis perkahwinan kami pada 1hb Jun 2008.
Terima kasih semua..........

Hizwan Family

Assalamualaikum.....

Hizwan & Azura

Assalamualaikum.......
 
Warisan Jalinan Kasih Sayang | TNB