Subscribe News Feed Subscribe Comments

Selamat Tahun Baru 2010

Hari ini dh masuk 1hb Jan 2010,maka bermulalah perjalanan hidup kita utk tahun baru. Mcm biasa bila ckp pasal tahun baru mesti mcm2 azam baru yang ingin dilaksanakan,bg aku insyaallah tahun ni aku berazam utk menjadi anak yang berguna pada kedua ibu bapa serta menjadi ayah yang akan membesarkan anak2 dengan sepenuh kasih sayang.

Tahun sentiasa berubah sama mcm umur kita yang semakin meningkat,segala kenangan dijadikan pengajaran dlm menempuhi perjalanan hidup yang semakin mencabar. Kalau dulu masa bujang aku hanya memikirkan apa yang aku impikan utk diri sendiri tapi sekarang persiapan utk keluarga harus diutamakan. Segala hal berkaitan anak perlu disediakan berbanding diri sendiri,itulah apa yang aku pelajari perbezaan sewaktu hidup bujang dan setelah berkahwin.

Harapan aku agar korang semua juga mempunyai azam serta matlamat hidup utk tahun baru ni. Kepada kwn2 yang masih mempunyai ibu bapa berilah sepenuh tumpuan serta kasih sayang sementara kita masih dapat melihat kedua ibu bapa kita,jgn lupa segala jasa mereka yang telah membesarkan kita selama ini.
 
Warisan Jalinan Kasih Sayang | TNB