Subscribe News Feed Subscribe Comments

Satu Ramadhan

Assalamualaikum......
Bersyukur kita kehadrat Allah akhirnya tiba juga bulan Ramadhan bagi tahun ini. Hari ini bermulalah ibadah puasa bagi seluruh umat Islam diserata dunia. Ramadhan kali ini saya dan isteri berasa amat bersyukur dengan kehadiran permata hati kami Nur Alisya Asyura yang telah pun berumur 3 bulan setengah.Insyaallah di penghujung bulan Ramadhan ini kami sekeluarga akan pulang ke kampung di Kampar Perak bagi menyambut satu Syawal disana.
Bagi 1 Ramadhan tahun ini ianya jatuh pada hari Sabtu iaitu cuti mingguan bagi seluruh penjawat awam di Malaysia. Suasana diBandar Muadzam Shah juga agak sunyi mungkin disebabkan cuti persekolahan yang baru bermula. Pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut 1 Ramadhan bersama keluarga masing-masing. Suasana kemeriahan Bazar Ramadhan juga belum kelihatan,insyaallah dua tiga hari lagi keadaan akan bertambah baik dan meraih.
Setakat ini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kata SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN dari saya sekeluarga.

No comments:

Post a Comment

 
Warisan Jalinan Kasih Sayang | TNB